3 Julai 2015

JULAI 2015 PROMO # VIVIX #

Assalamualaikum W.B.T


Syukur kerana promo bulan Julai ni adalah VIVIX. Shaklee memang best sebab bagi kita promo Vivix buy 7 at 6. Memandangkan bulan julai ni adalah bulan puasa jadi memang sesuai la sangat kita consume vivix ni untuk persediaan kita bertemu dengan Hari Raya yang akan menjelma tidak lama lagi. Apa kaitan pula Vivix ni dengan hari raya..hehehe..bila kita consume Vivix ni kita akan lebih cantik dan sehat. Haaa! mari saya cerita sikit pasal vivix ni..jom baca..

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.


Memperbaiki DNA. 
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA 
(salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan
proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu
melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita 
dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh
mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser,
misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya
kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. 
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin 
cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan 
menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel 
tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular,
imuniti dan sendi. 
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun
makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


10 KEBAIKAN VIVIX!
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti

    penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari
    menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi

    jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong

    kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan



Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun

   berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh




Berikut adalah antara testimoni Vivix


Tracy Farzana
ID: 996799
  Call/SMS/Whatsapp 017-8959772

Add Friend di FB saya : Tracy Farzana












5 TIPS RAWAT GUSI BAYI

Assalamualaikum W.B.T...




                                    Sumber Google


1.  Membersihkan gusi bayi dengan kain bersih dan lembut

Ambil kain halus yang bersih dan lembut,  basahkan dengan air suam kemudian balut kain tersebut ke ibu jari anda dan usap dengan lembut gusi bayi pada bahagian atas dan bawah. Teruskan mengusap gusi bayi di bahagian luar. Lakukanlah tips ini selepas bayi anda makan atau selesai minum susu. Jadikan rutin pembersihan gusi bayi dua kali sehari iaitu pagi dan menjelang tidur.

2. Membersihkan gigi pertama bayi

Bagi bayi yang baru tumbuh gigi, anda boleh menggunakan sikat gigi yang lembut khas untuk bayi. Biasanya bayi akan mengalami “gatal gusi”. Jadi untuk mengatasi “gatal gusi” bayi anda gunakanlah berus gigi lembut seperti gambar di bawah. Berus ini sangat lembut dan daripada silikon. Cara memberus pun mudah saja iaitu sarungkan terus berus ni di jari dan mula menggosok gigi bayi anda secara perlahan-lahan. Lakukan aktiviti ini pada saat bayi anda mandi.



                                    Sumber Google

3.  Elakkan membiarkan susu botol dalam mulut bayi ketika tidur

Ibu-ibu biasanya membiarkan sahaja botol susu di dalam mulut bayi ketika tidur dan tabiat ini tidak baik untuk gigi dan gusi bayi sebenarnya.Ini kerana rasa manis daripada susu formula akan mengendap di mulut bayi dan secara tidak langsung akan merosakkan gigi dan gusi bayi anda.

4.  Elakkan menambah gula pada susu formula bayi

Susu formula di pasaran sudah ada rasa manis jadi ibu-ibu dinasihatkan agar jangan lagi menambah kemanisan susu formula tersebut. Penambahan gula yang berlebihan hanya akan mengakibatkan gangguan kesihatan bayi seperti obesiti dan juga diabetes pada usia sebegini.

5.  Makanan yang dapat membantu pertumbuhan gigi bayi

Apabila bayi anda sudah boleh menerima makanan maka berila mereka makanan yang bertekstur secara bertahap antaranya ialah perkenalan rasa, jenis dan tekstur. Anda juga boleh membantu pertumbuhan gigi bayi anda dengan memberikan sayuran wortel yang dikukus atau buah pisang yang di potong-potong nipis.

Sama-sama kita menjaga gigi dan gusi bayi kita. Moga bermanfaat.

Tracy Farzana
ID: 996799
  Call/SMS/Whatsapp 017-8959772

Add Friend di FB saya : Tracy Farzana




30 Jun 2015

"AMBLIOPIA" ATAU "MATA MALAS" DI KALANGAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum

Sudah lama saya tak update blog disebabkan kekangan waktu bagi orang yang bekerja sepenuh masa seperti saya ni..sudahlah blog pun baru setahun jagung ditinggalkan lagi untuk seketika waktu..huhuu..siannnn blog saya tauu...tapi itu bukan alasan saya untuk tidak mengupdate blog untuk selama-lamanya kan...chewahhh... okayy..sebelum ni saya suka sharing tentang vitamin kan...da nama blog love2bhealty...haaaa! kali ni saya nak buat kelainan sikit..hehehe...saya nak cerita pasal penyakit mata ni...pernah dengar "Lazy Eyes" tak atau nama saintifiknya "Ambliopia...."

Hati saya terbuka untuk sharing maklumat ni kerana anak saya sendiri menghidapi "Ambliopia atau "Mata Malas" ni. Anak perempuan saya sudah menghidapi ambliopia ni sejak 2009 dan hingga kini masih menjalani rawatan terapi penglihatan. 

Okay, kalau nak tau apa sebenarnya "Ambliopia" atau "Mata Malas" ni, jom kita baca sama-sama infografik ni..


 "Ambliopia atau "Mata Malas"

 Apakah maksud “Ambliopia” atau “mata malas”?
Istilah ini digunakan untuk kekurangan tahap penglihatan yang tidak boleh dibetulkan walaupun mata kelihatan normal.
Ramai antara kita termasuk saya sendiri yang tidak pernah mengetahui terminologi masalah penglihatan ini sehinggalah anak kita mengalami masalah ini sendiri. 
Kanak-kanak akan mula mengalami perkembangan mata secara penuh pada umur 9-11 tahun. Sebelum ini mereka boleh dikategorikan dalam tempoh "pembelajaran" di mana mereka secara semulajadinya pandai menyesuaikan diri kepada masalah penglihatan dengan tidak menghiraukan masalah imej yang kabur.
 
Kalau masalah ini dikesan pada tahap yang awal, masalah boleh dibetulkan dan tahap ketajaman penglihatan boleh dipulihkan. Jikalau masalah ini tidak dibetulkan, lebih sukar untuk memulihkan tahap ketajaman penglihatan selepas perkembangan otak yang lengkap.

Bagaimanakah Ambliopia boleh dikesan


Biasanya kanak-kanak tidak akan mengadu mengenai masalah penglihatan terutamanya kalau mereka masih boleh melihat melalui satu mata. Pemeriksaan screening diperlukan untuk mengesan keadaan ini.

Bila ambliopia disyaki, pakar mata akan menguji tahap penglihatan, keselarian mata, pergerakan mata dan fusion ( kebolehan otak mencantum 2 imej kepada satu). Bahagian depan dan belakang mata juga akan diperiksa untuk mengesan apa- apa penyakit.
 
Cara rawatan

Bayi

Untuk bayi yang mempunyai penglihatan yang sangat lemah, warna-warna kontras boleh digunakan untuk stimulasi penglihatan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu digalakkkan untuk melihat corak-corak yang berulang. Ianya boleh didapati dalam bentuk selimut, karpet mainan, anak patung ataupun poster-poster yang ditampal bersebelahan tempat baring bayi. Anda akan dapati bayi anda akan lebih menumpukan perhatian pada warna-warna ini berbanding dengan gambar-gambar karakter yang terang dan menarik.

Kanak-kanak

Bagi kanak-kanak yang lebih memahami arahan, terapi penglihatan boleh dimulakan dengan mewarnakan gambar-gambar kecil yang memerlukan penelitian,  join-the-dots, jigsaw puzzle yang kecil, teka silang kata, jahitan “cross-stitch”, manik dan benang dan pelbagai aktiviti yang menarik lagi. Pakar Optometris anda akan mementukan tahap penglihatan anak anda dan akan mengesyorkan terapi yang bersesuaian.


Kesemua latihan ini perlu dilakukan bersama terapi oklusi dimana, mata yang baik perlu dikatup sementara mata yang lemah akan dipaksa untuk bekerja. Pelekat mata yang menarik boleh digunakan untuk memujuk kanak-kanak menggunakannya. Sekiranya kedua-dua mata adalah malas, pengatupan dilakukan secara berselang-seli. Setiap pengatupan dilakukan antara 1- 4 jam bagi setiap mata (Dapatkan nasihat pakar dalam menentukan tempoh oklusi) dan terapi ini perlu dilakukan setiap hari untuk mendapat kesan yang lebih drastik dan  positif. 

Peranan Ibubapa

Mengetahui tahap perkembangan penglihatan anak-anak 

Amat penting bagi ibu bapa lebih prihatin dan berwaspada terhadap perkembangan dan kesihatan mata anak bermula dari usia bayi lagi. Risiko lebih tinggi jikalau ada ibu atau bapa kanak-kanak tersebut mempunyai masalah mata juling atau ralat biasan.

Memantau apabila usia anak baru lahir hingga usia tiga bulan apa yang bayi anda sudah mampu melihat
Jika didapati respon dan perkembangan kanak-kanak tidak baik selepas diperiksa, bawa anak berjumpa dengan pakar mata.

Sebaiknya ibu bapa membawa anak membuat pemeriksaan mata setahun sekali. 

Menurut Dr. Ainr, secara amnya kanak-kanak sepatutnya menjalani pemeriksaan dan penilaian mata yang pertama secara formal seawal usia tiga hingga lima tahun dan tidak lebih daripada usia enam hingga tujuh tahun.Pemeriksaan mata secara tetap dapat memberi banyak manfaat iaitu salah satunya ialah dapat mengenalpasti masalah mata yang serius sekaligus dapat melakukan rawatan pata peringkat awal.


Tracy Farzana
ID: 996799
  Call/SMS/Whatsapp 017-8959772

Add Friend di FB saya : Tracy Farzana