30 Jun 2015

"AMBLIOPIA" ATAU "MATA MALAS" DI KALANGAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum

Sudah lama saya tak update blog disebabkan kekangan waktu bagi orang yang bekerja sepenuh masa seperti saya ni..sudahlah blog pun baru setahun jagung ditinggalkan lagi untuk seketika waktu..huhuu..siannnn blog saya tauu...tapi itu bukan alasan saya untuk tidak mengupdate blog untuk selama-lamanya kan...chewahhh... okayy..sebelum ni saya suka sharing tentang vitamin kan...da nama blog love2bhealty...haaaa! kali ni saya nak buat kelainan sikit..hehehe...saya nak cerita pasal penyakit mata ni...pernah dengar "Lazy Eyes" tak atau nama saintifiknya "Ambliopia...."

Hati saya terbuka untuk sharing maklumat ni kerana anak saya sendiri menghidapi "Ambliopia atau "Mata Malas" ni. Anak perempuan saya sudah menghidapi ambliopia ni sejak 2009 dan hingga kini masih menjalani rawatan terapi penglihatan. 

Okay, kalau nak tau apa sebenarnya "Ambliopia" atau "Mata Malas" ni, jom kita baca sama-sama infografik ni..


 "Ambliopia atau "Mata Malas"

 Apakah maksud “Ambliopia” atau “mata malas”?
Istilah ini digunakan untuk kekurangan tahap penglihatan yang tidak boleh dibetulkan walaupun mata kelihatan normal.
Ramai antara kita termasuk saya sendiri yang tidak pernah mengetahui terminologi masalah penglihatan ini sehinggalah anak kita mengalami masalah ini sendiri. 
Kanak-kanak akan mula mengalami perkembangan mata secara penuh pada umur 9-11 tahun. Sebelum ini mereka boleh dikategorikan dalam tempoh "pembelajaran" di mana mereka secara semulajadinya pandai menyesuaikan diri kepada masalah penglihatan dengan tidak menghiraukan masalah imej yang kabur.
 
Kalau masalah ini dikesan pada tahap yang awal, masalah boleh dibetulkan dan tahap ketajaman penglihatan boleh dipulihkan. Jikalau masalah ini tidak dibetulkan, lebih sukar untuk memulihkan tahap ketajaman penglihatan selepas perkembangan otak yang lengkap.

Bagaimanakah Ambliopia boleh dikesan


Biasanya kanak-kanak tidak akan mengadu mengenai masalah penglihatan terutamanya kalau mereka masih boleh melihat melalui satu mata. Pemeriksaan screening diperlukan untuk mengesan keadaan ini.

Bila ambliopia disyaki, pakar mata akan menguji tahap penglihatan, keselarian mata, pergerakan mata dan fusion ( kebolehan otak mencantum 2 imej kepada satu). Bahagian depan dan belakang mata juga akan diperiksa untuk mengesan apa- apa penyakit.
 
Cara rawatan

Bayi

Untuk bayi yang mempunyai penglihatan yang sangat lemah, warna-warna kontras boleh digunakan untuk stimulasi penglihatan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu digalakkkan untuk melihat corak-corak yang berulang. Ianya boleh didapati dalam bentuk selimut, karpet mainan, anak patung ataupun poster-poster yang ditampal bersebelahan tempat baring bayi. Anda akan dapati bayi anda akan lebih menumpukan perhatian pada warna-warna ini berbanding dengan gambar-gambar karakter yang terang dan menarik.

Kanak-kanak

Bagi kanak-kanak yang lebih memahami arahan, terapi penglihatan boleh dimulakan dengan mewarnakan gambar-gambar kecil yang memerlukan penelitian,  join-the-dots, jigsaw puzzle yang kecil, teka silang kata, jahitan “cross-stitch”, manik dan benang dan pelbagai aktiviti yang menarik lagi. Pakar Optometris anda akan mementukan tahap penglihatan anak anda dan akan mengesyorkan terapi yang bersesuaian.


Kesemua latihan ini perlu dilakukan bersama terapi oklusi dimana, mata yang baik perlu dikatup sementara mata yang lemah akan dipaksa untuk bekerja. Pelekat mata yang menarik boleh digunakan untuk memujuk kanak-kanak menggunakannya. Sekiranya kedua-dua mata adalah malas, pengatupan dilakukan secara berselang-seli. Setiap pengatupan dilakukan antara 1- 4 jam bagi setiap mata (Dapatkan nasihat pakar dalam menentukan tempoh oklusi) dan terapi ini perlu dilakukan setiap hari untuk mendapat kesan yang lebih drastik dan  positif. 

Peranan Ibubapa

Mengetahui tahap perkembangan penglihatan anak-anak 

Amat penting bagi ibu bapa lebih prihatin dan berwaspada terhadap perkembangan dan kesihatan mata anak bermula dari usia bayi lagi. Risiko lebih tinggi jikalau ada ibu atau bapa kanak-kanak tersebut mempunyai masalah mata juling atau ralat biasan.

Memantau apabila usia anak baru lahir hingga usia tiga bulan apa yang bayi anda sudah mampu melihat
Jika didapati respon dan perkembangan kanak-kanak tidak baik selepas diperiksa, bawa anak berjumpa dengan pakar mata.

Sebaiknya ibu bapa membawa anak membuat pemeriksaan mata setahun sekali. 

Menurut Dr. Ainr, secara amnya kanak-kanak sepatutnya menjalani pemeriksaan dan penilaian mata yang pertama secara formal seawal usia tiga hingga lima tahun dan tidak lebih daripada usia enam hingga tujuh tahun.Pemeriksaan mata secara tetap dapat memberi banyak manfaat iaitu salah satunya ialah dapat mengenalpasti masalah mata yang serius sekaligus dapat melakukan rawatan pata peringkat awal.


Tracy Farzana
ID: 996799
  Call/SMS/Whatsapp 017-8959772

Add Friend di FB saya : Tracy Farzana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan