Sumber Google
1. Membersihkan gusi bayi dengan kain bersih dan
lembut
Ambil kain
halus yang bersih dan lembut, basahkan
dengan air suam kemudian balut kain tersebut ke ibu jari anda dan usap dengan
lembut gusi bayi pada bahagian atas dan bawah. Teruskan mengusap gusi bayi di
bahagian luar. Lakukanlah tips ini selepas bayi anda makan atau selesai minum susu.
Jadikan rutin pembersihan gusi bayi dua kali sehari iaitu pagi dan menjelang
tidur.
2. Membersihkan gigi pertama bayi
Bagi bayi yang
baru tumbuh gigi, anda boleh menggunakan sikat gigi yang lembut khas untuk
bayi. Biasanya bayi akan mengalami “gatal gusi”. Jadi untuk mengatasi “gatal
gusi” bayi anda gunakanlah berus gigi lembut seperti gambar di bawah. Berus ini
sangat lembut dan daripada silikon. Cara memberus pun mudah saja iaitu
sarungkan terus berus ni di jari dan mula menggosok gigi bayi anda secara
perlahan-lahan. Lakukan aktiviti ini pada saat bayi anda mandi.
Sumber Google
3. Elakkan membiarkan susu botol dalam mulut
bayi ketika tidur
Ibu-ibu biasanya membiarkan sahaja botol susu di dalam
mulut bayi ketika tidur dan tabiat ini tidak baik untuk gigi dan gusi bayi
sebenarnya.Ini kerana rasa manis daripada susu formula akan mengendap di mulut
bayi dan secara tidak langsung akan merosakkan gigi dan gusi bayi anda.
4. Elakkan menambah gula pada susu formula bayi
Susu formula di pasaran sudah ada rasa manis jadi
ibu-ibu dinasihatkan agar jangan lagi menambah kemanisan susu formula tersebut.
Penambahan gula yang berlebihan hanya akan mengakibatkan gangguan kesihatan
bayi seperti obesiti dan juga diabetes pada usia sebegini.
5. Makanan yang dapat membantu pertumbuhan gigi bayi
Apabila bayi anda sudah boleh menerima makanan maka
berila mereka makanan yang bertekstur secara bertahap antaranya ialah
perkenalan rasa, jenis dan tekstur. Anda juga boleh membantu pertumbuhan gigi
bayi anda dengan memberikan sayuran wortel yang dikukus atau buah pisang yang
di potong-potong nipis.
Sama-sama kita menjaga gigi dan gusi bayi kita. Moga
bermanfaat.
Tracy Farzana
ID: 996799
ID: 996799
Call/SMS/Whatsapp 017-8959772
FB Page : The Best Of Vitamin 4 You
Add Friend di FB saya : Tracy Farzana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan