Sudah lama saya tak update blog disebabkan kekangan waktu bagi orang yang bekerja sepenuh masa seperti saya ni..sudahlah blog pun baru setahun jagung ditinggalkan lagi untuk seketika waktu..huhuu..siannnn blog saya tauu...tapi itu bukan alasan saya untuk tidak mengupdate blog untuk selama-lamanya kan...chewahhh... okayy..sebelum ni saya suka sharing tentang vitamin kan...da nama blog love2bhealty...haaaa! kali ni saya nak buat kelainan sikit..hehehe...saya nak cerita pasal penyakit mata ni...pernah dengar "Lazy Eyes" tak atau nama saintifiknya "Ambliopia...."
Hati saya terbuka untuk sharing maklumat ni kerana anak saya sendiri menghidapi "Ambliopia atau "Mata Malas" ni. Anak perempuan saya sudah menghidapi ambliopia ni sejak 2009 dan hingga kini masih menjalani rawatan terapi penglihatan.
Okay, kalau nak tau apa sebenarnya "Ambliopia" atau "Mata Malas" ni, jom kita baca sama-sama infografik ni..
"Ambliopia atau "Mata Malas"
Apakah maksud “Ambliopia” atau “mata malas”?
Istilah ini digunakan untuk kekurangan tahap penglihatan yang tidak boleh dibetulkan walaupun mata kelihatan normal.
Istilah ini digunakan untuk kekurangan tahap penglihatan yang tidak boleh dibetulkan walaupun mata kelihatan normal.
Ramai antara kita
termasuk saya sendiri yang tidak pernah mengetahui terminologi masalah penglihatan ini sehinggalah
anak kita mengalami masalah ini sendiri.
Kanak-kanak akan mula mengalami perkembangan mata secara penuh pada umur 9-11 tahun. Sebelum ini mereka boleh dikategorikan dalam tempoh "pembelajaran" di mana mereka secara semulajadinya pandai menyesuaikan diri kepada masalah penglihatan dengan tidak menghiraukan masalah imej yang kabur.
Kalau masalah ini
dikesan pada tahap yang awal, masalah boleh dibetulkan dan tahap
ketajaman penglihatan boleh dipulihkan. Jikalau masalah ini tidak
dibetulkan, lebih sukar untuk memulihkan tahap ketajaman penglihatan
selepas perkembangan otak yang lengkap.
Bagaimanakah Ambliopia boleh dikesan
Biasanya kanak-kanak tidak akan mengadu mengenai masalah penglihatan terutamanya kalau mereka masih boleh melihat melalui satu mata. Pemeriksaan screening diperlukan untuk mengesan keadaan ini.
Bila ambliopia disyaki, pakar mata akan menguji tahap penglihatan, keselarian mata, pergerakan mata dan fusion ( kebolehan otak mencantum 2 imej kepada satu). Bahagian depan dan belakang mata juga akan diperiksa untuk mengesan apa- apa penyakit.
Cara rawatan
Memantau apabila usia anak baru lahir hingga usia tiga bulan apa yang bayi anda sudah mampu melihat
Jika didapati respon dan perkembangan kanak-kanak tidak baik selepas diperiksa, bawa anak berjumpa dengan pakar mata.
Sebaiknya ibu bapa membawa anak membuat pemeriksaan mata setahun sekali.
Menurut Dr. Ainr, secara amnya kanak-kanak sepatutnya menjalani pemeriksaan dan penilaian mata yang pertama secara formal seawal usia tiga hingga lima tahun dan tidak lebih daripada usia enam hingga tujuh tahun.Pemeriksaan mata secara tetap dapat memberi banyak manfaat iaitu salah satunya ialah dapat mengenalpasti masalah mata yang serius sekaligus dapat melakukan rawatan pata peringkat awal.
Bayi
Untuk bayi yang
mempunyai penglihatan yang sangat lemah, warna-warna kontras boleh digunakan
untuk stimulasi penglihatan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu digalakkkan untuk
melihat corak-corak yang berulang. Ianya boleh didapati
dalam bentuk selimut, karpet mainan, anak patung ataupun poster-poster yang
ditampal bersebelahan tempat baring bayi. Anda akan dapati bayi anda akan lebih
menumpukan perhatian pada warna-warna ini berbanding dengan gambar-gambar
karakter yang terang dan menarik.
Kanak-kanak
Bagi kanak-kanak
yang lebih memahami arahan, terapi penglihatan boleh dimulakan dengan
mewarnakan gambar-gambar kecil yang memerlukan penelitian, join-the-dots, jigsaw puzzle yang kecil, teka
silang kata, jahitan “cross-stitch”, manik dan benang dan pelbagai aktiviti
yang menarik lagi. Pakar Optometris anda akan
mementukan tahap penglihatan anak anda dan akan mengesyorkan terapi yang
bersesuaian.
Kesemua latihan
ini perlu dilakukan bersama terapi oklusi dimana, mata yang baik perlu dikatup
sementara mata yang lemah akan dipaksa untuk bekerja. Pelekat mata yang menarik
boleh digunakan untuk memujuk kanak-kanak menggunakannya. Sekiranya kedua-dua
mata adalah malas, pengatupan dilakukan secara berselang-seli. Setiap
pengatupan dilakukan antara 1- 4 jam bagi setiap mata (Dapatkan nasihat pakar
dalam menentukan tempoh oklusi) dan terapi ini perlu dilakukan setiap hari
untuk mendapat kesan yang lebih drastik dan
positif.
Peranan Ibubapa
Mengetahui tahap perkembangan penglihatan anak-anak
Amat penting bagi ibu bapa lebih prihatin dan berwaspada terhadap perkembangan dan kesihatan mata anak bermula dari usia bayi lagi. Risiko lebih tinggi jikalau ada ibu atau bapa kanak-kanak tersebut mempunyai masalah mata juling atau ralat biasan.
Amat penting bagi ibu bapa lebih prihatin dan berwaspada terhadap perkembangan dan kesihatan mata anak bermula dari usia bayi lagi. Risiko lebih tinggi jikalau ada ibu atau bapa kanak-kanak tersebut mempunyai masalah mata juling atau ralat biasan.
Memantau apabila usia anak baru lahir hingga usia tiga bulan apa yang bayi anda sudah mampu melihat
Jika didapati respon dan perkembangan kanak-kanak tidak baik selepas diperiksa, bawa anak berjumpa dengan pakar mata.
Sebaiknya ibu bapa membawa anak membuat pemeriksaan mata setahun sekali.
Menurut Dr. Ainr, secara amnya kanak-kanak sepatutnya menjalani pemeriksaan dan penilaian mata yang pertama secara formal seawal usia tiga hingga lima tahun dan tidak lebih daripada usia enam hingga tujuh tahun.Pemeriksaan mata secara tetap dapat memberi banyak manfaat iaitu salah satunya ialah dapat mengenalpasti masalah mata yang serius sekaligus dapat melakukan rawatan pata peringkat awal.
Tracy Farzana
ID: 996799
ID: 996799
Call/SMS/Whatsapp 017-8959772
FB Page : The Best Of Vitamin 4 You
Add Friend di FB saya : Tracy Farzana